KUAT DALAM DIAM
Bukan semua perempuan dilahirkan kuat. Ada yang menjadi kuat kerana hidup terlalu banyak mengajarnya untuk diam. Kuat Dalam Diam ialah sebuah novel reflektif tentang perjalanan seorang perempuan bernama Alya — seorang anak, adik, isteri, ibu dan wanita bekerja yang belajar bertahan dalam luka, kehilangan, harapan dan pencarian dirinya sendiri. Setiap bab membawa pembaca menyelami emosi yang sering tidak terucap; tentang menjadi terlalu kuat untuk menangis, terlalu penat untuk menjelaskan,dan terlalu lama memendam rasa demi orang lain. Namun di sebalik diam itu, lahir sebuah kekuatan yang perlahan-lahan menemukan dirinya kembali kepada Tuhan. Ditulis dengan gaya lembut, puitis dan dekat dengan realiti kehidupan perempuan, novel ini bukan sekadar cerita tetapi cerminan rasa yang mungkin pernah kita lalui diam-diam. Untuk perempuan yang sedang belajar memaafkan diri dan mencari tenang selepas terlalu lama bertahan.
Currently No Review